SITTI NORHAIDAH BINTI AHMAD
07DAT14F1035
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
Demokrasi berparlimen ialah sistem pentadbiran kerajaan moden yang mengutamakan mandate dan suara rakyat dalam pemerintahan. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ini rakyat berpeluang membentuk
Kerajaan dan juga memberi pelung kepada rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Hak untuk memilih ,menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya adalah kuasa rakyat. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
RAJA BERPERLEMBAGAAN
Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem raja berperlembagaan terdiri kepada 2 institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan atas nasihat Perdana Menteri. Apabila menjalankan tanggungjawabnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi bicara dalam membuat keputusan. Mempunyai peranan yang penting dalam proses undang-undang. Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini. Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang di naungi oleh raja.
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang dipilih secara bergilir daripada 9 raja negeri-negeri yang ada. Yang di-Pertuan Agong dilantik 5 tahun sekali. Sebagai ketua utama negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai 3 badan atau bahagian kerajaan iaitu badan perundangan ( legasif ), badan pemerintahan ( eksekutif ), badan kehakiman ( judisiari ) . Antara tugas Yang di-Pertuan Agong ialah :
a) Memperkenalkan rang undang-undang
b) Tugas mengikut budi bicara
c) Tugas mengikut nasihat
d) Pemerintah tertinggi angkatan tentera
e) Pengishtiharan darurat
f) Kuasa Pengampun
Badan Perundangan ( Legasif )
Sistem perundangan adalah undang-undang yang digubal oleh badan perundangan. Perlembagaan dipertanggungiawabkan melaksanakannya. Badan perundangan berfungsi untuk mengubal undang-undang dalam menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungiawab menggubal undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di negara kita. Parlimen terdiri daripada; Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator bagi mewakili setiap negeri dan dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya. Jawatan yang dipegang oleh ahli Senator dalam tempoh tiga tahun. Ahli mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Ahli Parlimen bersetaraf dengan Senator. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan. Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting dan utama kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Sistem undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta. Sistem undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen manakala, di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.
Badan Pelaksana (Eksekutif)
Badan pelaksana terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet yang merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.
Jemaah Menteri atau Kabinet melaksanakan tugas dalam menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang
serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungiawab dalam semua perkara. Dalam segi kementerian pula, setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.Selain itu, badan pelaksana mempunyai perkhidmatan awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Ketua Setiausaha Kementerian, mengetuai pentadbiran pada peringkat kementerian. Kemudian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Seterusnya, badan pelaksana mempunyai jabatan kerajaan. Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah. Biasanya, sesebuah kementerian mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Di samping itu juga, badan pelaksana mempunyai badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa tertentu dan mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungiawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pernbangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.
Akhir sekali, adalah suruhanjaya. Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pernantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Di antaranya, termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
Badan Kehakiman (Judisiari)
Badan Kehakiman adalah kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan
Jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman manakala, perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman berfungsi menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri ditafsir melalui kuasa badan kehakiman. Antara sistem mahkamah yang telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia adalah untuk melaksanakan tugas
kehakiman di negara ini. Mahkamah juga mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan
kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh memindahkan undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa Badan perundangan atau Parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini
individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan
mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Selain itu, badan kehakiman mempunyai hakim yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.Dalam pengurusan pelantikan, memperkenalkan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang alasan yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik dalam menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Seterusnya, Peguam Negara bertugas menjadi penasihat undang-undang kerajaan. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan kemudian dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.
PROSES PILIHAN RAYA
Maksud Pilihan Raya
Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Ini merupakan ciri utama dalam sistem demokrasi berpalimen di Malaysia. Pemilihan ini dilakukan secara sulit melalui prosedur yang telus dan teratur. Keputusan pengiraan undi dibuat secara terbuka dan direkodkan. Calon yang menang pemilihan mendapat undi terbanyak yang dikenali dengan sistem majoriti mudah. Suruhan Pilihan Raya (SPR) di Malaysia ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
Fungsi Pilihan Raya
Antara fungsi pilihan raya ialah, menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi. Selain itu, menguatkan kestabilan dan legitimasai dalam sebuah organisasi dan komuniti politik. Mengekalkan pucuk pimpinan dalam negara. Memberi peluang kepada raykyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan. Disamping itu juga, pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan. Seterusnya, meneruskan legasi negara Demokrasi Berparlimen.
Suruhanjaya Pilihan Raya
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) (Election Commission of Malaysian) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola da bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. SPR mengadakan pilihan raya umum keatas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.
Anggota SPR
Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis Raja-raja (MPR). Keanggotaannya terdiri daripada seorang pengerusi dan seorang timbalan pengerusi. SPR juga memiliki 5 orang ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan Sarawak. Syarat-syarat bagi kelayakan ahli SPR ialah:
1) Warganegara Malaysia
2) Bukan ahli politik
3) Berumur tidak lebih daripada 65 tahun
4) Seseorang yang tidak muflis
Fungsi SPR
Antara fungsi SPR ialah membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan raya Parlimen dan Negeri tidak kurang daripada 8 tahun dari tarikh persempadanan yang lalu. Selain itu, SPR menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih. Seterusnya, Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat (DR) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) , serta menjalankan pilihan raya kecil. Disamping itu juga , SPR mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calo memenuhi syarat dan kelayakan.
1.Pesempadanan semula bahagian pilihan raya
SPR bertanggungjawab mengkaji semula sempadan bahagian pilihan raya berparlimen dan negeri. Syor awal persempadanan mesti dimaklumkan kepada Yang di Pertuan Dewan Rakyat dan Perdana Menteri untuk disiar kan dalam Warta Kerajaan.
2.Pendaftaran Pemilih ( Pegundi )
Pemilih mesti berdaftar dengan SPR sebelum boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Antara syarat kelayakan mendaftar sebagai pemilih ialah :
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan
c) Penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya
d) Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih
3.Hilang Kelayakan Pemilih
Pada tarikh kelayakan, pemilih ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara. Selain itu, pada tarikh sebelum kelayakan, didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan. Calon akan hilang kelayakan apabila , tidak memperolehi kerakyatan asing.
4. Semakan Daftar Pemilih
Semakan daftar pemilih dilaksanakan sepanjang tahun dan daftar-daftar pemilih baharu disediakan 3 bulan sekali , kemudian dipamerkan selama 7 hari bertujuan untuk urusan bantahan dan tuntutan. Selepas dipertimbangkan tuntutan dan bantahan tersebut yang melalui siasatan awam, daftar pemilih akan disahkan oleh SPR dalam tempoh sebulan. Nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang hilang kelayakan akan dikeluarkan dari mendaftar.
5. Kelayakan Calon Pilihan Raya
*Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat –syarat berikut:
a) Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon
c) Tinggal di negeri dimana ia akan bertanding
*Seseorang calon hilang kelayakan sekiranya dirinya:
a) Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman
b) Memegang jawatan berkepentingan “ Office of Profir “ atau jawatan yang dibayar gaji .
c) Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya
d) Didapati bersalah dijatuhkan hukuman penjara untuk temph tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang daripada RM2000 dan tidak mendapat keampunan
e) Telah memperolehi kewarganegaraan asing
6. Tempoh Pilihan Raya
Pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan sekali dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum (PRU) mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak dari tarikh pembubaran. Pilihan Raya Kecil (PRK) juga diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak dari tarikh kekosongan sama ada disebabkan kematian, perletakan jawatan atau hilang kelayakan. Tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR
7. Proses Pilihan Raya
PRU dan PRK bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh SPR kepada pegawai pengurus. Pada masa yang sama, notis akan diedarkan menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan tarikh mengundi.
8. Deposit
Setiap calon yang ingin bertanding perlu membayar deposit sebanyak RM10000, bagi kerusi parlimen dan RM5000 kerusi Dewan Undangan Negeri. Calon hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding didalam sesuatu bahagian pilihan raya.
9. Hari Mengundi
Masa mengundi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang di seluruh Malaysia. SPR biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya iaitu tarikh mengundi, lokasi mengundi, waktu mengundi , dan lokasi pust pengiraan dan jumlah pengundi. Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Kerani mengundi dan kerani kira undi akan membantu Ketua Tempat Mengundi yang dikawal semasa proses pengundian.
10. Pengiraan Undi
Pengiraan undi dilakukan di tempat mengundi atau berkelompok dan undi pos setiap bahagian pilihan raya dikira di tempat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus SPR. Individu yang dibenarkan berada di tempat pengiraan adalah ahli dan pegawai SPR, Pegawai lain yang di lantik oleh SPR, kerani mengira undi dan calon atau wakil calon dan ejen mengira undi. Keputusan pengiraan undi akan dikemukakan oleh Pegawai Pengurus SPR. Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya, akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti sebagai wakil yang terpilih.
11. Petisyen Pilihan Raya
Keputusan pilihan raya boleh cabar atau dipertikaikan di mahkamah, petisyen boleh dibuat atas sebab ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya. Petisyen mesti dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya dan disiarkan dalam warta kerajaan. Keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
12. Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya
Perbelanjaan pilihan raya tidak boleh melebihi RM200,000 bagi Dewan Rakyat dan RM100,00 bagi Dewan Undangan Negeri. Laporan perbelanjaan mesti dihantar kepada pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan di siarkan dalam Warta Kerajaan.
13. Pengumuman Keputusan Pengundian dan Selepas Hari Pegundian
Keputusan seluruh pilihan raya umum akan diumumkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Keputusan pilihan raya boleh dipertikaikan di Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas pengumuman keputusan pilihan raya dengan alasan berlaku penyogokan, perbuatan yang menyalahi undang-undang, tidak mematuhi undang- undang dan peraturan pilihan raya, calon atau ejen calon hilang kelayakan, dan berlaku penipuan atau ugutan.
14. Penyimpanan dan Pelupusan
Penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen yang berkaitan ini mestilah disimpan di dalam peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh pegawai SPR yang terlibat. Peti-peti khas ini akan disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurusan. Pengarah Pilihan Raya akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan counter foils kertas undi untuk menjamin kerahsiaan undi. Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment