Monday, 1 September 2014

GOSTINA BINTI AMBO AWE
07DAT14F1047


SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN     
Umumnya terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.  Malaysia telah memilih dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.  Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat..
   Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Badan Legislatif (Perundangan), Badan Judisiari (Kehakiman) dan  Badan Eksekutif (Pentadbiran ).
       

BADAN LEGISLATIF ( PERUNDANGAN )
            Badan Legislatif atau perundangan ialah merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.  Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
         Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua Negara yang berperanan menjalankan segala urusan kerajaan tetapi mesti bertindak atas nasihat Jemaah menteri atau Perdana Menteri . Selain itu ,Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa budi bicara tetapi dikehendaki mengikut kebiasaan peraturan Demokrasi Berparlimen , melantik Jemaah Menteri atas nasihat Perdana menteri dan mempersetujui atau tidak membubarkan Parlimen .
         Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya.  Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli.
        Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
          Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.


BADAN PENTADBIRAN ( EKSEKUTIF )
        Badan Pentadbiran atau Eksekutif merujuk kepada Jemaah Menteri atau Kabinet yang merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.Kebiiasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
       Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam .  Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan kerajaan yang diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah.
          Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.Beberapa contoh Badan Berkanun,Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA),Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (F RIM)
          Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.Antaranya termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.


BADAN JUDISIARI ( KEHAKIMAN )
           Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.Perkara sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan affidavit.Perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan.
      Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana.Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
        Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen.Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
       Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenangwenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang.
        Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.
      Antara jenis mahkahmah ialah Mahkahmah Persekutuan yang terdiri daripada Mahkahmah Atasan , Mahkahmah Rendah dan Mahkahmah Khas . Selain itu , Mahkahmah Negeri yang terdiri daripada Mahkahmah Syariah dan Mahkahmah Adat ( Sabah dan Sarawak ) .


PILIHAN RAYA
   Pemerintahan Malaysia memaparkan amalan demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan telah menjadikan pilihan raya sebagai proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Ini merupakan ciri penting sistem demokrasi berpalimen di Malaysia.Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang yang dikenali dengan sistem majoriti mudah.
   Antara fungsi Pilihan Raya adalah untuk menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi .Selain itu , untuk mengekalkan pucuk pimpinan dan pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan . Seterusnya ,menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan komuniti politik, meneruskan legasi Negara Demokrasi Berparlimen dan memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan
   Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
    Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia. Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
    Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian, peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.Pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
    Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari dan  boleh menjadi calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya.
    Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
    Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika  dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
   Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih.
   Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia, seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut.Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
    Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar  sebagai pengundi.
   Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan, sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen dalam tempoh berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.SPR telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia. SPR dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR. Tujuannya untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif dan adil.
  Hari mengundi merujuk kepada hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi,hari mengundi bermula dari selepas jam 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya. Namun , waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang di seluruh Malaysia .
   Hanya pemilih –pemilih yang nama mereka terdapat di dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh dibenarkan masuk untuk membuang undi. Kad pengenalan diri pemilih yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara digunakan sebagai pengenalan diri dan perlu ditunjukkan ditempat mengundi.Seorang pemilih hanya boleh memangkah seorang calon sahaja ,iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang dipilih. Selepas menandakan kertas undi , pengundi perlu memasukkannya kedalam peti undi yang disediakan.
   Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat Mengundi ditempat mengundi atau di sebuah pusat pengiraan undi yang telah ditetapkan . Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai Pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan Semasa undi dikira , mereka sahaja yang dibenarkan memasuki tempat mengira undi. Mereka ialah ahli-ahli dan pegawai-pegawai SPR , pengawai yang dilantik oleh SPR, kerani yang mengira udi dan calon , wakil dan ejen mengira undi .
   Selepas selesai pengiraan undi di tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi , keputusan-keputusan pengundian akan dikemukan kepada Pegawai pengurus di pusat penjumlahan undi.Pegawai pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majority sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya berkenaan .
  
RAJA BERPERLEMBAGAAN
   Sistem Raja Berperlembagaan merupakan salah satu dari tiga teras asas pemerintahan Malaysia selain sistem Demokrasi Berparlimen dan sistem Persekutuan.Ketiga-ketiga teras asas kenegaraan ini telah dimaktubkan ke dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang mengikut Perkara 4 Fasal 1 merupakan undang-undang tertinggi negara semenjak merdeka hampir lima puluh empat tahun yang lalu.
  Malaysia amat bertuah kerana apabila kemerdekaan diperoleh dari United Kingdom pada tahun 1957 bapa-bapa pengasas negara kita (our founding fathers) telah membuat keputusan yang berpandangan jauh dengan mengekalkan sistem pemerintahan beraja sebagai teras utama sistem pemerintahan. Kebijaksanaan bapa-bapa kita ini semakin terserlah apabila sistem beraja yang diterimapakai adalah sistem Raja Berperlembagaan dan bukannya sistem monarki mutlak.
   Untuk lebih lima dekad sistem Raja Berperlembagaan telah memberikan kestabilan dan keamanan yang diperlukan kepada sebuah negara yang mempunyai kemajmukan yang kompleks, berbilang bukan sahaja etnik tetapi juga bahasa, budaya dan agama untuk merancang serta melaksanakan inisiatif-inisiatif pembangunan yang diperlukan bagi meningkatkan taraf hidup warganya.
   Raja Berpelembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja. Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah melanggar Tanah Melayu .
   Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada dan  bertindak sebagai Ketua Negara , Peraturan Perlembagaan boleh mempercepatkan perubahan giliran apabila seseorang Raja/Sultan mangkat semasa dalam jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong,seseorang Sultan/Raja yang giliran negerinya tiba dan baginda didapati layak, menolak jawatan Yang di-Pertuan Agong dan seseorang Sultan/Raja, tatkala giliran negerinya tiba, didapati tidak layak oleh Majlis Raja-Raja. Yang di-Pertuan Agong juga Ketua kepada 3 cabang kerajaan iaitu dalam bidang perundangan , pentadbiran dan kehakiman , Baginda mempunyai peranan penting dalam proses undang-undang.
    Sebagai ketua Badan Pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan menteri-menteri lain, serta hakim, duta-duta Malaysia dan seumpamanya.Sebagai sumber keadilan, baginda mempunyai kuasa mengampun bagi kesalahan yang dibicarakan dalam Mahkamah Tentera (Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata), kesalahan-kesalahan sivil yang telah dilakukan dalam wilayah persekutuan. Yang di-Pertuan Agong mewakilkan tugasnya kepada orang atau suruhanjaya yang dilantik oleh Baginda. Jadi, pada praktisnya Yang di-Pertuan Agong hanya menjadi payung dan paksi bagi menjamin keobjektifan dan keneutralan perjalanan sistem pemerintahan. Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa mutlak. Prinsip 'bertindak atas nasihat' (Perdana Menteri atau Jemaah Menteri) yang jelas termaktub dalam Perlembagaan menjamin hak Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan segala maklumat yang baginda mahu.
   Dalam Peruntukan Perlembagaan Perkara 40-(20), menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam  melantik Perdana Menteri , menangguhkan pembubaran Parlimen yang diminta oleh Perdana Menteri, dan meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
   Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia dianggotai oleh semua sembilan Sultan/Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri. Majlis Raja-Raja bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun. Setiap persidangan berlangsung selama tiga hari.  Persidangan Majlis dipengerusikan oleh Raja yang terkanan mengikut senioritinya. Setiausahanya persidangan ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
   Satu daripada fungsi Majlis Raja-Raja ialah memberi kesempatan untuk menemukan wakil Kerajaan Pusat (Perdana Menteri) dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri(Ketua Menteri/Menteri Besar) di hadapan raja-raja. Bagi Perdana Menteri, forum diraja ini memberi peluang kepada beliau untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan seterusnya mendapatkan pandangan serta sokongan Majlis.  Dengan penuh tertib tetapi mesra, pemimpin-pemimpin negeri bersama Perdana Menteri berbincang dengan raja-raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama mengenai hal ehwal rakyat dan negara.
   Majlis Raja-Raja juga, mengikut perlembagaan, dikehendaki mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Tugas-tugas lain Majlis Raja-Raja adalah seperti yang ternyata dalam Perkara 32 Perlembagaan  Mengenai pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, hanya raja-raja sahaja yang boleh mengambil bahagian. Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa budi bicara kepada Majlis Raja-raja berhubung dengan perkara-perkara tertentu.
   Imuniti Raja ,Kekebalan sultan secara menyeluruh di bawah Perkara 181(2) Perlembagaan didapati terlalu umum dan boleh melemahkan institusi raja di samping mencemar nama baik Majlis Raja-raja.  Justeru itu, kerajaan atas kehendak rakyat sendiri telah bersetuju supaya Perkara 181(2) dan perkara-perkara lain yang bersangkutan dalam Perlembagaan Malaysia dipinda atau ditiadakan. Langkah pindaan Perlembagaan itu ialah untuk mengukuhkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.
   Majlis Raja-Raja , Durbar yang melibatkan 4 buah negeri , Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan British.menerusi Persekutuan Tanah Melayu telah bermulanyainstitusi MRR secara rasmi dan diperuntukkan ke dalam perlembagaan sehingga ke hari ini .Dianggotaia oleh 9orang sutan dan 4 orang Yang Dipertua Negeri.Ditubuhkan untuk memelihara keistimewaan orang melayu . Antara tugas Majlis Raja-Raja memilih atau memecat YDPA dan Timbalan YDPA , memelihara hak hak istimewa orang melau dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak danmemberi persetujuan atau penolakan tentang adat istiadat agama islam bagi seluruh Negara kecuali Sabah dan Sarawak 

No comments:

Post a Comment