Monday, 22 September 2014
Wednesday, 17 September 2014
Monday, 1 September 2014
SITTI NORHAIDAH BINTI AHMAD
07DAT14F1035
SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN
Demokrasi berparlimen ialah sistem pentadbiran kerajaan moden yang mengutamakan mandate dan suara rakyat dalam pemerintahan. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen ini rakyat berpeluang membentuk
Kerajaan dan juga memberi pelung kepada rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Hak untuk memilih ,menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya adalah kuasa rakyat. Sistem ini berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Perlembagaan Malaysia menjadi garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan Sistem Republik.
RAJA BERPERLEMBAGAAN
Raja berperlembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem raja berperlembagaan terdiri kepada 2 institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan atas nasihat Perdana Menteri. Apabila menjalankan tanggungjawabnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi bicara dalam membuat keputusan. Mempunyai peranan yang penting dalam proses undang-undang. Sistem Raja Berperlembagaan merupakan tonggak keagungan kerajaan Malaysia sejak merdeka sehingga kini. Sistem ini membantu memantapkan kewibawaan institusi beraja di negara kita di samping memberikan keseimbangan kepada raja yang menaungi rakyat dan rakyat yang di naungi oleh raja.
Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Negara yang dipilih secara bergilir daripada 9 raja negeri-negeri yang ada. Yang di-Pertuan Agong dilantik 5 tahun sekali. Sebagai ketua utama negara, Yang di-Pertuan Agong mengetuai 3 badan atau bahagian kerajaan iaitu badan perundangan ( legasif ), badan pemerintahan ( eksekutif ), badan kehakiman ( judisiari ) . Antara tugas Yang di-Pertuan Agong ialah :
a) Memperkenalkan rang undang-undang
b) Tugas mengikut budi bicara
c) Tugas mengikut nasihat
d) Pemerintah tertinggi angkatan tentera
e) Pengishtiharan darurat
f) Kuasa Pengampun
Badan Perundangan ( Legasif )
Sistem perundangan adalah undang-undang yang digubal oleh badan perundangan. Perlembagaan dipertanggungiawabkan melaksanakannya. Badan perundangan berfungsi untuk mengubal undang-undang dalam menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungiawab menggubal undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di negara kita. Parlimen terdiri daripada; Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator bagi mewakili setiap negeri dan dilantik tanpa bertanding dalam pilihan raya. Jawatan yang dipegang oleh ahli Senator dalam tempoh tiga tahun. Ahli mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Ahli Parlimen bersetaraf dengan Senator. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan. Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting dan utama kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Sistem undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta. Sistem undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen manakala, di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.
Badan Pelaksana (Eksekutif)
Badan pelaksana terdiri daripada Jemaah Menteri atau Kabinet yang merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan.Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara.
Jemaah Menteri atau Kabinet melaksanakan tugas dalam menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri. Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.
Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang
serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungiawab dalam semua perkara. Dalam segi kementerian pula, setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.Selain itu, badan pelaksana mempunyai perkhidmatan awam yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Ketua Setiausaha Kementerian, mengetuai pentadbiran pada peringkat kementerian. Kemudian dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Seterusnya, badan pelaksana mempunyai jabatan kerajaan. Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah. Biasanya, sesebuah kementerian mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Di samping itu juga, badan pelaksana mempunyai badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa tertentu dan mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungiawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan program pernbangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.
Akhir sekali, adalah suruhanjaya. Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pernantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Di antaranya, termasuklah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
Badan Kehakiman (Judisiari)
Badan Kehakiman adalah kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan
Jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman manakala, perkara jenayah pula melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman berfungsi menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri ditafsir melalui kuasa badan kehakiman. Antara sistem mahkamah yang telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia adalah untuk melaksanakan tugas
kehakiman di negara ini. Mahkamah juga mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan
kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh memindahkan undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa Badan perundangan atau Parlimen. Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini
individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan
mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Selain itu, badan kehakiman mempunyai hakim yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.Dalam pengurusan pelantikan, memperkenalkan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang alasan yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik dalam menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Seterusnya, Peguam Negara bertugas menjadi penasihat undang-undang kerajaan. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan kemudian dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman.
PROSES PILIHAN RAYA
Maksud Pilihan Raya
Pilihan raya adalah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Ini merupakan ciri utama dalam sistem demokrasi berpalimen di Malaysia. Pemilihan ini dilakukan secara sulit melalui prosedur yang telus dan teratur. Keputusan pengiraan undi dibuat secara terbuka dan direkodkan. Calon yang menang pemilihan mendapat undi terbanyak yang dikenali dengan sistem majoriti mudah. Suruhan Pilihan Raya (SPR) di Malaysia ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
Fungsi Pilihan Raya
Antara fungsi pilihan raya ialah, menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi. Selain itu, menguatkan kestabilan dan legitimasai dalam sebuah organisasi dan komuniti politik. Mengekalkan pucuk pimpinan dalam negara. Memberi peluang kepada raykyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan. Disamping itu juga, pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan. Seterusnya, meneruskan legasi negara Demokrasi Berparlimen.
Suruhanjaya Pilihan Raya
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) (Election Commission of Malaysian) ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola da bertanggungjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia. Ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang. Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu. SPR mengadakan pilihan raya umum keatas Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika berlaku kekosongan.
Anggota SPR
Anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Majlis Raja-raja (MPR). Keanggotaannya terdiri daripada seorang pengerusi dan seorang timbalan pengerusi. SPR juga memiliki 5 orang ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan Sarawak. Syarat-syarat bagi kelayakan ahli SPR ialah:
1) Warganegara Malaysia
2) Bukan ahli politik
3) Berumur tidak lebih daripada 65 tahun
4) Seseorang yang tidak muflis
Fungsi SPR
Antara fungsi SPR ialah membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan raya Parlimen dan Negeri tidak kurang daripada 8 tahun dari tarikh persempadanan yang lalu. Selain itu, SPR menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih. Seterusnya, Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat (DR) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) , serta menjalankan pilihan raya kecil. Disamping itu juga , SPR mendaftarkan calon-calon yang bertanding dan memastikan calon-calo memenuhi syarat dan kelayakan.
1.Pesempadanan semula bahagian pilihan raya
SPR bertanggungjawab mengkaji semula sempadan bahagian pilihan raya berparlimen dan negeri. Syor awal persempadanan mesti dimaklumkan kepada Yang di Pertuan Dewan Rakyat dan Perdana Menteri untuk disiar kan dalam Warta Kerajaan.
2.Pendaftaran Pemilih ( Pegundi )
Pemilih mesti berdaftar dengan SPR sebelum boleh mengundi dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Antara syarat kelayakan mendaftar sebagai pemilih ialah :
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan
c) Penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya
d) Tidak hilang kelayakan sebagai pemilih
3.Hilang Kelayakan Pemilih
Pada tarikh kelayakan, pemilih ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara. Selain itu, pada tarikh sebelum kelayakan, didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara untuk tempoh 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan. Calon akan hilang kelayakan apabila , tidak memperolehi kerakyatan asing.
4. Semakan Daftar Pemilih
Semakan daftar pemilih dilaksanakan sepanjang tahun dan daftar-daftar pemilih baharu disediakan 3 bulan sekali , kemudian dipamerkan selama 7 hari bertujuan untuk urusan bantahan dan tuntutan. Selepas dipertimbangkan tuntutan dan bantahan tersebut yang melalui siasatan awam, daftar pemilih akan disahkan oleh SPR dalam tempoh sebulan. Nama-nama pemilih yang sudah meninggal dunia dan yang hilang kelayakan akan dikeluarkan dari mendaftar.
5. Kelayakan Calon Pilihan Raya
*Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya jika memenuhi syarat –syarat berikut:
a) Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
b) Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon
c) Tinggal di negeri dimana ia akan bertanding
*Seseorang calon hilang kelayakan sekiranya dirinya:
a) Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman
b) Memegang jawatan berkepentingan “ Office of Profir “ atau jawatan yang dibayar gaji .
c) Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya
d) Didapati bersalah dijatuhkan hukuman penjara untuk temph tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang daripada RM2000 dan tidak mendapat keampunan
e) Telah memperolehi kewarganegaraan asing
6. Tempoh Pilihan Raya
Pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan sekali dalam tempoh 5 tahun kecuali jika dewan dibubarkan lebih awal. Pilihan Raya Umum (PRU) mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak dari tarikh pembubaran. Pilihan Raya Kecil (PRK) juga diadakan dalam tempoh 60 hari bagi semenanjung dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak dari tarikh kekosongan sama ada disebabkan kematian, perletakan jawatan atau hilang kelayakan. Tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR
7. Proses Pilihan Raya
PRU dan PRK bermula dengan pengeluaran writ pilihan raya oleh SPR kepada pegawai pengurus. Pada masa yang sama, notis akan diedarkan menetapkan tarikh-tarikh hari penamaan calon dan tarikh mengundi.
8. Deposit
Setiap calon yang ingin bertanding perlu membayar deposit sebanyak RM10000, bagi kerusi parlimen dan RM5000 kerusi Dewan Undangan Negeri. Calon hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh 1/8 daripada jumlah undi yang diperoleh oleh semua calon yang bertanding didalam sesuatu bahagian pilihan raya.
9. Hari Mengundi
Masa mengundi dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang di seluruh Malaysia. SPR biasanya akan mengeluarkan notis untuk memaklumkan kepada orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya iaitu tarikh mengundi, lokasi mengundi, waktu mengundi , dan lokasi pust pengiraan dan jumlah pengundi. Pengundian dilakukan di tempat-tempat mengundi yang telah diwartakan. Kerani mengundi dan kerani kira undi akan membantu Ketua Tempat Mengundi yang dikawal semasa proses pengundian.
10. Pengiraan Undi
Pengiraan undi dilakukan di tempat mengundi atau berkelompok dan undi pos setiap bahagian pilihan raya dikira di tempat yang ditetapkan oleh Pegawai Pengurus SPR. Individu yang dibenarkan berada di tempat pengiraan adalah ahli dan pegawai SPR, Pegawai lain yang di lantik oleh SPR, kerani mengira undi dan calon atau wakil calon dan ejen mengira undi. Keputusan pengiraan undi akan dikemukakan oleh Pegawai Pengurus SPR. Pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya, akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti sebagai wakil yang terpilih.
11. Petisyen Pilihan Raya
Keputusan pilihan raya boleh cabar atau dipertikaikan di mahkamah, petisyen boleh dibuat atas sebab ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya. Petisyen mesti dikemukakan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas tarikh keputusan pilihan raya dan disiarkan dalam warta kerajaan. Keputusan Mahkamah Tinggi boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
12. Penyata Perbelanjaan Pilihan Raya
Perbelanjaan pilihan raya tidak boleh melebihi RM200,000 bagi Dewan Rakyat dan RM100,00 bagi Dewan Undangan Negeri. Laporan perbelanjaan mesti dihantar kepada pengarah Pilihan Raya Negeri dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan di siarkan dalam Warta Kerajaan.
13. Pengumuman Keputusan Pengundian dan Selepas Hari Pegundian
Keputusan seluruh pilihan raya umum akan diumumkan kepada seluruh rakyat Malaysia. Keputusan pilihan raya boleh dipertikaikan di Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas pengumuman keputusan pilihan raya dengan alasan berlaku penyogokan, perbuatan yang menyalahi undang-undang, tidak mematuhi undang- undang dan peraturan pilihan raya, calon atau ejen calon hilang kelayakan, dan berlaku penipuan atau ugutan.
14. Penyimpanan dan Pelupusan
Penyimpanan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen yang berkaitan ini mestilah disimpan di dalam peti-peti khas dan dikunci dengan disaksikan oleh pegawai SPR yang terlibat. Peti-peti khas ini akan disimpan selama 6 bulan di bawah pengawasan Pegawai Pengurusan. Pengarah Pilihan Raya akan menyimpan daftar pemilih yang telah ditandakan dan counter foils kertas undi untuk menjamin kerahsiaan undi. Selepas tempoh 6 bulan, Pegawai Pengurus akan melupuskan kertas-kertas undi dan dokumen-dokumen yang berkaitan.
GOSTINA BINTI AMBO AWE
07DAT14F1047
07DAT14F1047
SISTEM
DEMOKRASI BERPARLIMEN
Umumnya terdapat dua
corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan
Sistem Republik. Malaysia telah memilih
dan mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia
rakyat..
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi
Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah
digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu
syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Badan Legislatif (Perundangan), Badan
Judisiari (Kehakiman) dan Badan
Eksekutif (Pentadbiran ).
BADAN
LEGISLATIF ( PERUNDANGAN )
Badan Legislatif atau perundangan
ialah merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang
dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.Fungsi badan perundangan adalah
menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab
menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang
di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua
Negara yang berperanan menjalankan segala urusan kerajaan
tetapi mesti bertindak atas nasihat Jemaah menteri atau Perdana Menteri .
Selain itu ,Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa budi bicara tetapi
dikehendaki mengikut kebiasaan peraturan Demokrasi Berparlimen , melantik
Jemaah Menteri atas nasihat Perdana menteri dan mempersetujui atau tidak
membubarkan Parlimen .
Dewan Negara atau Senat merupakan
dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Dewan Negara mengandungi 69
orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator mewakili setiap negeri dan
mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi
tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf
Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah
Menteri.Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya
terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam
perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan,
perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatu
kumpulan minoriti seperti Orang Asli.
Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting
kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.Dewan Rakyat
mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh
negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.Tugas
utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat
Dewan Rakyat.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen
dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai
Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.
BADAN
PENTADBIRAN ( EKSEKUTIF )
Badan Pentadbiran atau Eksekutif merujuk
kepada Jemaah Menteri atau Kabinet yang merupakan badan pelaksana dasar-dasar
kerajaan.Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi negara. Tugas Jemaah Menteri
atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.Perdana
Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.Kebiiasanya, Perdana Menteri atau
Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian.Setiap
kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta
menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Setiap
kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.Seseorang Menteri yang tidak
diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak
Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh
Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian
dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh
Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh kakitangan kerajaan yang
dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam . Semua kakitangan awam bertanggungjawab
melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan kerajaan
yang diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah.
Sesebuah kementerian biasanya
mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah. Terdapat juga
badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun
merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu.Badan
berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.Badan ini ditadbir oleh
sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.Badan
berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk
mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun
kerajaan.Beberapa contoh Badan Berkanun,Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA),Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (F RIM)
Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan
di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan
pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam.Antaranya termasuklah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,Suruhanjaya
Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis
Angkatan Tentera.
BADAN
JUDISIARI ( KEHAKIMAN )
Badan Kehakiman
mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah.Perkara
sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan affidavit.Perkara jenayah pula
melibatkan kanun keseksaan.
Badan Kehakiman boleh
menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak
badan pelaksana.Badan kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh
Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.Mahkamah
mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang,
mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah
di sisi undang-undang.Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara
itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen.Sistem mahkamah di Malaysia
disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini individu atau kumpulan
yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat
rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
Semua hakim dilantik oleh Yang
di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.Urusan pelantikan, kenaikan
pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Mulia Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat
dengan sewenangwenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.Hakim tidak
dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi
daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan
undang-undang.
Penasihat undang-undang kerajaan ialah
Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi
kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-Undang dan
Kehakiman.
Antara jenis mahkahmah
ialah Mahkahmah Persekutuan yang terdiri daripada Mahkahmah Atasan , Mahkahmah
Rendah dan Mahkahmah Khas . Selain itu , Mahkahmah Negeri yang terdiri daripada
Mahkahmah Syariah dan Mahkahmah Adat ( Sabah dan Sarawak ) .
PILIHAN
RAYA
Pemerintahan Malaysia memaparkan amalan
demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan telah menjadikan pilihan raya
sebagai proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat
negeri atau persekutuan. Ini merupakan ciri penting sistem demokrasi berpalimen
di Malaysia.Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur
yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya
direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang yang dikenali
dengan sistem majoriti mudah.
Antara fungsi Pilihan Raya adalah untuk
menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi .Selain itu , untuk mengekalkan pucuk
pimpinan dan pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan .
Seterusnya ,menguatkan kestabilan dan legitimasi dalam sebuah organisasi dan
komuniti politik, meneruskan legasi Negara Demokrasi Berparlimen dan memberi
peluang kepada rakyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan
Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya yang
adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.Keanggotaannya
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Melayu. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan bahagian-bahagian
pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan mengendalikan pilihan raya
sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
Pilihan raya umum diadakan untuk memilih
ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh Semenanjung
Malaysia. Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat dan
Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
Pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku
kekosongan kerusi di mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Kekosongan itu berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian,
peletakan jawatan dan perlucutan jawatan.Pilihan raya kecil mesti diadakan
dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sarawak dan
Sabah selepas kekosongan itu.
Warganegara Malaysia bebas memilih dan
menganggotai mana-mana parti politik yang mereka gemari dan boleh menjadi calon dan bebas untuk
bertanding dalam pilihan raya.
Seseorang yang ingin menjadi calon dalam
pilihan raya mestilah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di
Malaysia, sempurna akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam
perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.
Seseorang warganegara akan hilang
kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12
bulan atau didenda tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh
bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas.Mereka
harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.Seseorang
pengundi yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam
Senarai Daftar Pemilih.
Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia,
seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak
bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut.Seseorang pengundi
hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
Perlembagaan membenarkan anggota pasukan
keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar
negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.
Di negara kita, sebelum proses pengundian
dijalankan, sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, calon
daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen dalam tempoh
berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja.SPR telah
menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha yang berperanan
sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia. SPR dibantu oleh
sekumpulan kakitangan awam. Urus setia SPR diwajibkan mengikuti garis panduan
dan dasar SPR. Tujuannya untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan
efektif dan adil.
Hari mengundi merujuk kepada hari
pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi,hari mengundi bermula dari selepas
jam 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya.
Namun , waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang di
seluruh Malaysia .
Hanya pemilih –pemilih yang nama mereka
terdapat di dalam daftar pemilih bagi sesuatu tempat mengundi sahaja boleh
dibenarkan masuk untuk membuang undi. Kad pengenalan diri pemilih yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara digunakan sebagai pengenalan diri
dan perlu ditunjukkan ditempat mengundi.Seorang pemilih hanya boleh memangkah
seorang calon sahaja ,iaitu dengan menandakan ‘X’ bersebelahan nama calon yang
dipilih. Selepas menandakan kertas undi , pengundi perlu memasukkannya kedalam
peti undi yang disediakan.
Pengiraan undi dijalankan oleh Ketua Tempat
Mengundi ditempat mengundi atau di sebuah pusat pengiraan undi yang telah
ditetapkan . Undi pos bagi sesuatu bahagian pilihan raya dikira oleh Pegawai
Pengurus di pusat pengiraan undi yang ditetapkan Semasa undi dikira , mereka
sahaja yang dibenarkan memasuki tempat mengira undi. Mereka ialah ahli-ahli dan
pegawai-pegawai SPR , pengawai yang dilantik oleh SPR, kerani yang mengira udi
dan calon , wakil dan ejen mengira undi .
Selepas selesai pengiraan undi di
tempat-tempat mengundi dan pusat pengiraan undi , keputusan-keputusan
pengundian akan dikemukan kepada Pegawai pengurus di pusat penjumlahan undi.Pegawai
pengurus bagi sesuatu bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang
mendapat undi majority sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya
berkenaan .
RAJA
BERPERLEMBAGAAN
Sistem Raja Berperlembagaan merupakan salah
satu dari tiga teras asas pemerintahan Malaysia selain sistem Demokrasi
Berparlimen dan sistem Persekutuan.Ketiga-ketiga teras asas kenegaraan ini telah
dimaktubkan ke dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang
mengikut Perkara 4 Fasal 1 merupakan undang-undang tertinggi negara semenjak
merdeka hampir lima puluh empat tahun yang lalu.
Malaysia amat bertuah kerana apabila
kemerdekaan diperoleh dari United Kingdom pada tahun 1957 bapa-bapa pengasas
negara kita (our founding fathers) telah membuat keputusan yang berpandangan
jauh dengan mengekalkan sistem pemerintahan beraja sebagai teras utama sistem
pemerintahan. Kebijaksanaan bapa-bapa kita ini semakin terserlah apabila sistem
beraja yang diterimapakai adalah sistem Raja Berperlembagaan dan bukannya
sistem monarki mutlak.
Untuk lebih lima dekad sistem Raja
Berperlembagaan telah memberikan kestabilan dan keamanan yang diperlukan kepada
sebuah negara yang mempunyai kemajmukan yang kompleks, berbilang bukan sahaja
etnik tetapi juga bahasa, budaya dan agama untuk merancang serta melaksanakan
inisiatif-inisiatif pembangunan yang diperlukan bagi meningkatkan taraf hidup
warganya.
Raja Berpelembagaan bermaksud sistem beraja
mengikut peraturan perlembagaan iaitu perlembagaan Malaysia. Dalam sistem Raja
Berperlembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang di-Pertuan Agong dan Majlis
Raja-Raja. Sistem beraja pula memang sedia ada sejak sebelum kuasa-kuasa Eropah
melanggar Tanah Melayu .
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara
dipilih secara bergilir daripada sembilan raja negeri-negeri yang ada dan bertindak sebagai Ketua Negara , Peraturan
Perlembagaan boleh mempercepatkan perubahan giliran apabila seseorang
Raja/Sultan mangkat semasa dalam jawatan sebagai Yang di-Pertuan
Agong,seseorang Sultan/Raja yang giliran negerinya tiba dan baginda didapati
layak, menolak jawatan Yang di-Pertuan Agong dan seseorang Sultan/Raja, tatkala
giliran negerinya tiba, didapati tidak layak oleh Majlis Raja-Raja. Yang
di-Pertuan Agong juga Ketua kepada 3 cabang kerajaan iaitu dalam bidang
perundangan , pentadbiran dan kehakiman , Baginda mempunyai peranan penting
dalam proses undang-undang.
Sebagai ketua Badan Pemerintahan, Yang
di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri dan menteri-menteri lain, serta
hakim, duta-duta Malaysia dan seumpamanya.Sebagai sumber keadilan, baginda
mempunyai kuasa mengampun bagi kesalahan yang dibicarakan dalam Mahkamah
Tentera (Yang di-Pertuan Agong adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan
Bersenjata), kesalahan-kesalahan sivil yang telah dilakukan dalam wilayah
persekutuan. Yang di-Pertuan Agong mewakilkan tugasnya kepada orang atau
suruhanjaya yang dilantik oleh Baginda. Jadi, pada praktisnya Yang di-Pertuan
Agong hanya menjadi payung dan paksi bagi menjamin keobjektifan dan keneutralan
perjalanan sistem pemerintahan. Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa
mutlak. Prinsip 'bertindak atas nasihat' (Perdana Menteri atau Jemaah Menteri)
yang jelas termaktub dalam Perlembagaan menjamin hak Yang di-Pertuan Agong
untuk mendapatkan segala maklumat yang baginda mahu.
Dalam Peruntukan Perlembagaan Perkara
40-(20), menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara
dalam melantik Perdana Menteri , menangguhkan
pembubaran Parlimen yang diminta oleh Perdana Menteri, dan meminta supaya
diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Majlis Raja-Raja merupakan badan rasmi yang
paling luhur atau tinggi martabatnya di negara ini. Ia dianggotai oleh semua
sembilan Sultan/Raja dan empat Gabenor atau Yang di-Pertua Negeri. Majlis
Raja-Raja bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun. Setiap persidangan
berlangsung selama tiga hari.
Persidangan Majlis dipengerusikan oleh Raja yang terkanan mengikut
senioritinya. Setiausahanya persidangan ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Satu daripada fungsi Majlis Raja-Raja ialah
memberi kesempatan untuk menemukan wakil Kerajaan Pusat (Perdana Menteri)
dengan wakil-wakil Kerajaan Negeri(Ketua Menteri/Menteri Besar) di hadapan
raja-raja. Bagi Perdana Menteri, forum diraja ini memberi peluang kepada beliau
untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan dan seterusnya mendapatkan pandangan
serta sokongan Majlis. Dengan penuh
tertib tetapi mesra, pemimpin-pemimpin negeri bersama Perdana Menteri
berbincang dengan raja-raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama mengenai hal ehwal
rakyat dan negara.
Majlis Raja-Raja juga, mengikut
perlembagaan, dikehendaki mengesahkan undang-undang yang telah diluluskan oleh
Parlimen. Tugas-tugas lain Majlis Raja-Raja adalah seperti yang ternyata dalam
Perkara 32 Perlembagaan Mengenai
pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, hanya
raja-raja sahaja yang boleh mengambil bahagian. Perlembagaan Persekutuan
memberi kuasa budi bicara kepada Majlis Raja-raja berhubung dengan
perkara-perkara tertentu.
Imuniti Raja ,Kekebalan sultan secara
menyeluruh di bawah Perkara 181(2) Perlembagaan didapati terlalu umum dan boleh
melemahkan institusi raja di samping mencemar nama baik Majlis Raja-raja. Justeru itu, kerajaan atas kehendak rakyat
sendiri telah bersetuju supaya Perkara 181(2) dan perkara-perkara lain yang
bersangkutan dalam Perlembagaan Malaysia dipinda atau ditiadakan. Langkah
pindaan Perlembagaan itu ialah untuk mengukuhkan sistem raja berperlembagaan
dan demokrasi berparlimen.
Majlis Raja-Raja , Durbar yang melibatkan 4
buah negeri , Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dengan British.menerusi
Persekutuan Tanah Melayu telah bermulanyainstitusi MRR secara rasmi dan
diperuntukkan ke dalam perlembagaan sehingga ke hari ini .Dianggotaia oleh
9orang sutan dan 4 orang Yang Dipertua Negeri.Ditubuhkan untuk memelihara
keistimewaan orang melayu . Antara tugas Majlis Raja-Raja memilih atau memecat
YDPA dan Timbalan YDPA , memelihara hak hak istimewa orang melau dan kaum
bumiputera Sabah dan Sarawak danmemberi persetujuan atau penolakan tentang adat
istiadat agama islam bagi seluruh Negara kecuali Sabah dan Sarawak
Subscribe to:
Posts (Atom)