NORSIDAH BINTI MOHD NOOR
07DAT14F1039
SISTEM DEMOKRASI BERPALIMEN DAN
RAJA BERPELEMBAGAAN
Malaysia mengamalkansistemDemokrasiBerparlimen
di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaandengan Seri PadukaBaginda Yang
Di-PertuanAgongsebagaiKetua Negara. Perlembagaan negara telah digubal
dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat
sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di
dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).
Malaysia
juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan
kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep
penubuhan Negara Malaysia.
Setiap negeri yang
terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan,
pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah
tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada
perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
1.1 Pilihan Raya
Pilihan raya adalah
mekanisme utama dalam membuktikan sistem demokrasi dipraktikan di sesebuah
negara. Pilihan raya adalah satu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat
melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan sama ada di
peringkat persekutuan atau negri. Secara umumnya, pilihan raya ialah satu
proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah baik di peringkat negeri
ataupun persekutuan. Pemilihan ini dilakukan secara sulit dan ketelusan
pengundian tercapai melalui prosedur yang kemas dan teratur. Walaubagaimanapun,
pengiraan undi dilakukan secara terbuka. Calon yang mendapat undi yang
terbanyak dikira sebagai menang. Kemenangan tetap diambil kira walaupun dengan
majoriti mudah. Tuntasnya, pilihan raya adalah satu ciri yang penting dalam
sistem dekmokrasi berpalimen.
Terdapat enam fungsi
pilihan raya :
I.
Menubuhkan sebuah
kerajaan demokrasi
II.
Mengekalkan pucuk
pimpinan
III.
Pemilihan calon bagi
mengisi jawatan tertinggi kerajaan
IV.
Menguatkan kestabilan dan
legitmasi dalam sesebuah organisasi dan komuniti politik
V.
Meneruskan warisan negara
Demokrasi Berpalimen
VI.
Memberikan peluang kepada
rakyat untuk memilih dan menukar pucuk pimpinan
1.2 Suruhanjaya
pilahan raya
Suruhanjaya pilihan raya
(SPR) (Election Commission of Malaysia)
ialah sebuah suruhanjaya yang menyelia, mengelola dan bertanggungjawab dalam
urusan pilihan raya di Malaysia. Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
memberikan kuasa kepada SPR untuk mengadakan pilihan raya umum ke atas Dewan
Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta mengadakan pilihan raya kecil jika
berlaku kekosongan.
SPR ditubuhkan pada 4
September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Diawal
penubuhannya, SPR dianggotai oleh 1 orang pengerusi dan 2 orang ahli. Apabila
Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, bilangan ahli bertambah kepada 3 orang.
Ahli tambahan itu, berasal dari Sabah atau Sarawak dan dilantik secara
bergilir-gilir. Pada tahun 1981, pindaan keatas Perkara 114 Perlembagaan
Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi.
Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama yang menyandang
jawatan Timbalan Pengerusi.
Pada tahun 2002, pindaan
kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan SPR
menjadi tujuh orang, iaitu seorang Pengerusi, seoarang Timbalan Pengerusi dan
lima orang ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak.
YDPA melantik ahli SPR selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
Syarat kelayakan bagi
ahli SPR ialah ;
a.
Berumur tidak lebih daripada
65 tahun
b.
Tidak muflis
c.
Tidak memegang jawatan
bergaji lain
d.
Bukan mana-mana ahli
politik dari mana-mana Majlis Parlimen dan Dewan Undangan negeri\
SPR diketuai oleh
Setiausaha bagi membolehkan surahanjaya ini menjalankan fungsinya. Setiausaha
ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Urusan dan
perjalanan pilihan raya di Malaysia telah dipertanggungjawabkan sepenuhnya
kepada SPR. Oleh itu, SPR merupakan badan yang bebas daripada politik.
Fungsi SPR ialah mengkaji
dan membuat persempadan
bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan
penyemakan daftar pemilih. Setelah itu, SPR juga menjalankan pilihan raya umum
dan pilihan raya kecil. SPR juga turut mendaftarkan calon-calon yang bertanding
dan memastikan calon-calon memenuhi kriteria dan kelayakan yang diperlukan.
Bagi menyelaraskan dan
menjalankan urusan pilihan raya, SPR juga telah menubuhkan urus setia yang
diketuai oleh seorang setiausaha yang bertindak sebagai Ketua Eksekkutif dan
Ketua Pentadbir Urus Setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam bagi
memastikan pilihan raya dijalankan dengan cekap
adil dan saksama. Urus setia SPR diwajibkan mengikut garis panduan dan
dasar-dasar SPR dari semasa ke semasa.
Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai mana-mana parti politik yang
mereka gemari. Mereka boleh menjadi calon dan
bebas untuk bertanding dalam pilihan
raya. Seseorang yang ingin menjadi calon dalam
pilihan raya mestilah
v warganegara Malaysia,
v berumur 21 tahun,
v bermastautin di Malaysia,
v sempurna akal,
v bukan orang yang muflis,
v tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awarn
v dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan
oleh mahkamah.
Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan
Negeri jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda
tidak kurang daripada RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon-calon dalam
sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu
sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari
penamaan calon.
Seseorang pengundi layak mengundi jika
ü Namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar
Pemilih.
ü Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia,
seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak
bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan
ü Pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan
Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut.
ü Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam
sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
ü Perlembagaan membenarkan anggota pasukan
keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar
negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai
pengundi.
Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan, sama ada dalam
pilihan raya umum
atau pilihan raya kecil, calon daripada pelbagai
parti yang bertanding dibenarkan
berkempen. Tempoh
berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaia. Pilihan raya
penting kepada semua warganegara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap
warganegara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.
Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta
menentukan bentuk kerajaan dan corak pernerintahan demokrasi melalui pilihan
raya.
Malaysia ialah salah sebuah negara
demokrasi berparlimen dan raja berpelembagaan yang mengamalkan konsep
pengasingan kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada
tiga cabang, iaitu badan perundangan, badan pelaksana clan badan kehakiman.
Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk
mengelakkan pembolotan kuasa.
Badan Perundangan (Legislatif)
. Perundangan merujuk pada
undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan
oleh perlembagaan. Ianya Fungsi badan perundangan adalah menggubal
undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab
menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang
di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara atau Senat merupakan
dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara. Dewan Negara mengandungi 69
orang ahli. Ahli Dewan Negara yang digelar Senator i mewakili setiap negeri dan
mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Seseorang
Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur
sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka
boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya
terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam
perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan,
perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatu
kumpulan minoriti seperti Orang Asli.
Dewan Rakyat merupakan dewan
terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan
Rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di
seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.
Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada
peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta
dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen
kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.
Badan Pelaksana (Eksekutif)
Jemaah Menteri atau Kabinet
merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar
tertinggi negara. TugasJemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-dasar
kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri,
Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah
atau beberapa kementerian.
Setiap kementerian
bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta menyelaras
program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Setiap kementerian
diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha
Parlimen dan Setiausaha Politik.
Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu
dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana
Menteri.
Perkhidmatan awam di Malaysia
diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi
perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian,
pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh
kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam.
Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang
ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan kerajaan yang diketuai
oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua Pengarah. Sesebuah
kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.
Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan
berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi
tertentu. Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri.
. Badan ini ditadbir oleh sebuah Lembaga
Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan. Badan berkanun
ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk mempercepat
pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun
kerajaan.Beberapa contoh Badan Berkanun,Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) serta Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (F RIM). Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara
kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan
disiplin kakitangan perkhidmatan awam.
Antaranya
termasuklah :
1.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam,
2.
Suruhanjaya
Perkhidmatan Pendidikan,
3.
Suruhanjaya
Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman,
4.
Suruhanjaya
Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
Badan Kehakiman (Judisiari)
Badan Kehakiman mempunyai kuasa
mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan
dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula melibatkan
kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang
dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan pelaksana. Selaim itu, ia juga
berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah telah diwujudkan
oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini.
Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan
undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau
Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan
tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang
kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen.
Sistem mahkamah di Malaysia
disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini individu atau kumpulan
yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat
rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan
pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak boleh dipecat dengan
sewenangwenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian
dalam politik. Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik
untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Penasihat undang-undang
kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan menjadi Pendakwa Raya atau
Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan
Undang-Undang dan Kehakiman.
RUMUSAN
Malaysia
sebuah negara yang berdaulat, mempunyai keluruhan Perlembagaannya yang tersendiri. Pelembagaan Persekutuan
yang dijunjung oleh rakyat warganegara
Malaysia merupakan faktor keharmonian dan keselamatan yang dikecapi hingga
kini.
Perlembagaan Persekutuan Malaysia
memperuntukan bahawa kuasa dijalankan oleh 3 badan perundangan, eksekutif dan
kehakiman. Perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan Persekutuan
dan perlaksanaannya adalah pada peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan
Negeri yang diwakili oleh ketiga-tiga badan tersebut dan keseluruh jentera
pentadbiran kerajaan hingga ke kampung telah menjalinkan satu jalinan kompleks
sehingga mampu mewujudkan dan mempertahankan sebuah negara yang demokratik.
Hal Ini berlaku kerana
pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Tempatan mengikut syarat-syarat yang diizinkan juga menunjukkan tidak berlaku
monopoli kuasa.
Akhir sekali, adalah tidak lengkap sekiranya
aspek Raja Berpelembagaan dan demokrasi berparlimen jika pilihanraya tidak
dibincangkan. Pilihanraya dijalankan untuk memilih wakil-wakil rakyat yang akan
mengisi kekosongan di Dewan Rakyat yang akhirnya menjalankan kehendak-kehendak
rakyat melalui wakil-wakil rakyat yang dipilih.
No comments:
Post a Comment